Tuesday 14 June 2016

Macaroni & Cheese With Meatball On The Boat

'Macaroni & Cheese With Meatball On The Boat' atau dalam bahasa sastera 'Bijikmu Bijikku Jua'. Sesedap namanya sesedap rasanya.

10 biji meatball disaute / goreng dgn sedikit minyak zaiton atas pan
1 biji kentang dihiris nipis disaute lepas meatball tadi, agak kuning angkat
1/2 cawan makaroni direbus
1 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar didadu
1 tin carbonara Prego
Sedikit cauliflower
Sedikit btg saderi
1 biji tomato didadu
Mix herbs
2 biji cendawan butang dihiris
1 btg sosej black pepper dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris
1 sudu besar serbuk lada hitam Maggie
Cheese mozzarella
# Tumis bawang2 dan masukkan sosej. Tuang sos carbonara diikuti sayuran, mix herbs dan serbuk lada hitam. Tidak perlu garam atau serbuk perasa lg. Masukkan macaroni dan gaul sebati.
# Susun base dgn kentang diikuti filling makaroni dan meatball susun diatas. Parut mozzarella dan bakar api bawah 15 minit dahulu diikuti api atas bawah 10 minit lg hingga perang. Boleh dimakan ketika panas2 kaup dgn sudu atau sejukkan baru potong


No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...