Monday 4 January 2016

MINCED BEEF"S MASALA


Minced Beef's Masala...sesuai utk dibuat topping Bruchetta, pizza, filling Egg Benedict atau Fritata. Kalau malas sgt ia sesuai utk buat filling wrap, cicah roti nan atau roti Arab, Roti John atau cicah mcm tu je dgn loaf bread.....Fuh! kemain nama2 resepi tu kan. Whatever semuanya sedap.



400gm daging cincang Ramly
1 sudu besar serbuk kari masala
1 labu bawang besar Holland didadu 
1 biji tomato didadu 
2 ulas bwg putih dicincang 
2 ulas bwg merah dihiris 
1 helai daun bay
1 sudu besar sos tiram 
sedikit karot 
1 tin kecil kacang pis
1 biji cili merah dicincang 
1 sudu teh chillies flake 
# Tumis bawang putih dan bwg merah, bila garing masukkan serbuk kari masala yg telsh dibancuh sedikit air. Biar agak kering masukkan daging cincang dan daun bay, biar ia mereneh hingga sebati dan masukkan bawang besar, cili merah, tomato, sos tiram dan chillies flake serta karot. Reneh hingga kering masukkan kacang pis dan perasakan.

No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...