Friday 25 December 2015

WHOLEMEAL LOAF BREAD TURN TO PIZZA


Ok kita share cara nak buat roti loaf wholemeal. Roti ni mmg sedap dicicah air, disapu kaya atau jem atau boleh dibuat pizza mcm kita buat tu...
300gm tepung high protein
200gm tepung wholemeal
10gm yis segera
10gm K Fine Cream Super
250gm air ais campur ketul ais
70gm susu tepung
70gm majerin atau butter
70gm gula
1 biji telur kuning
sedikit garam halus
# Kalau guna bread maker hanya perlu masukkan bahan cecair diikuti bahan kering ke dlm bread maker dan garam yg terakhir dimasukkan
# Kalau guna mixer masukkan tepung dahulu diikuti bahan lain dan akhir sekali masukkan air
# Kalau guna kudrat tulang patbelas kerat uoll kena campurkan 50gm air suam bersama yis dan sedikit gula. Biar dlm 10 minit. Bahan2 kering td campurkan semu dan buat lubang. Selitkan garam di tepi dan tuangkan larutan yis td. ulilah sepenuh hati dlm masa 20 minit gitu.
# Kalau guna auto setting biar breadmaker yg uruskan semuanya dlm tempoh 3 jam lebih
# Kalau bakar dlm oven Lepas jd doh tunggu 1 jam pastu tumbuk doh buang angin dan bolehlah timbang dlm 400gm masukkan ke dlm loyang 500gm. 1 doh 200gm kira ok la.yg lebih tu buat bulat2 je. Tunggu proofing selama 45 minit hingga 1 jam dan tutup doh. Spray dgn air pastu bakar la 30 minit suhu 185c. Bila nampak kuning kat atas tukar dgn api bawah saja takut hangit dan tidak masak.
☆ Nak order krim k fine tu boleh la pm kita atau whatsapps 0124530315

Daripada Loaf wholemeal bread kita boleh jadikan base piza yang sedap mengikut kreativiti sendiri


Cara saya buat piza wholemeal bread simple je:

4 keping roti wholemeal yang dihiris 1 inci dan dipotong dadu
sedikit isi ayam dihiris nipis
1 labu bawang besar holland didadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 tin kecil tomato puri (anggaran dalam 3 sudu besar)
1 biji tomato didadu
1 sudu besar bagi setiap sos cili dan sos tiram
1 biji cili merah dihiris
sedikit chillies flake
sedikit serbuk paprika
sedikit mix herbs
sayuran ikut suka (saya guna cauliflower dan batang serta mix veges)

Topping:
1 biji telur
2 keping cheesedale dipotong kecil
sedikit parutan mozarella
mayonis dan sos cili sebagai pelengkap topping

Cara masak:
1. Tumis bawang2 dan masukkan ayam, bila agak putih tuang tomato puree dan masukkan buah tomato, sos2 serta sayuran lain. Akhir sekali masukkan segala herba tadi dan perasakan

Cara susun:
1. Susun roti dalam bekas bakar piza (sapu butter dahulu di bekas)
2. Letakkan cheesedale yang dipotong
3. Tuang inti ayam tadi hingga rata
4. Tuang sos cili dan mayonis
5. Pecahkan telur
6. Parut mozarella
7. Tuang sos cili dn piza lagi sekali
8. Bakar 15 hingga 20 minit suhu 185C



No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...