Friday 4 December 2015

PINEAPPLE PIE MIX APPLE


 Cubaan pertama buat Pineapple Pie mix Apple sangat teruja sbb tak confident je nak buat walhal sgt la mudah. Walaupun rupa mcm hantu pocong namun dari segi sedap dan rapuh mmg tak  boleh lawan la hahaha. Ok inilah fillingnya:


Kalau berminat utk buat pai boleh guna resepi ini.
1 biji nenas
1 biji epal hijau
3 sudu gula perang
1 sudu besar butter
sedikit serbuk kulit kayu manis
1 sudu tepung jagung

1. Nenas sebahagian diblend dgn sedikit air dan sebahagian didadu
2. Epal dibuang kulit dan empulur lalu didadu
3. Cairkan butter, masukkan gula perang
4. Tuang nenas yg diblend serta yg didadu bersama epal
5. Perlahan api biar ia mereneh hingga likat
6. Masukkan kulit kayu manis dan tepung jagung. Kacau hingga likat
7. Kelikatan bergantung kpd selera masing2
# Untuk buat pai boleh guna pastry doh sendiri atau beli pastry puff dlm peket kat supermarket

Cara lipat dan penyudahnya sapu kuning telur. Bakar 25 minit suhu 190c

No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...