Saturday 21 November 2015

BEEF'S EGG BENEDICT


BEFF'S EGG BENEDICT

Ada banyak cara untuk memasak menu breakfast EGG BENEDICT, namun konsepnya tetap sama iaitu menggunakan telur, susu dan remekin (bekas porselin). Ada orang menggunakan hotdog dan sayuran sebagai filling. Kali ni saya gunakan daging kisar yang dimasak dahulu sebagai fillingnya
Bahan-bahan:
6 keping roti keping Gardenia
2 biji telur
1 sudu besar serbuk lada hitam Maggie
1/2 cawan susu segar full cream
2 keping cheesedale (boleh guna mozarella)

Inti daging:

200 gram daging kisar (saya beli mince beef  Ramly)
2 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar didadu
sedikit halia dihiris nipis (kalau tak suka tak perlu masuk)
1 biji cili merah dicincang
sedikit sayuran brokoli atau bunga kobis
sedikit karot didadu
1 biji buah tomato didadu
2 helai daun bay (salam)
1 sudu teh mix herbs
1 sudu teh paprika
1 sudu besar chillies flakes
minyak zaiton untuk menumis
1 sudu parmesan cheese
sedikit daun bawang yang dihiris



Cara memasak:
1.Tumis bawang-bawang hingga garing
2. Masukkan daging kisar bersama daun bay dan reneh hingga agak kering airnya
3. Masukkan sayuran dan bahan-bahan rempah lain
4. Masukkan parmesan cheese
5. masukkan daun bawang dan gaul mesra


Cara buat Egg Benedict:

1. Pecah telur, campurkan susu daan serbuk lada hitam serta sedikit garam
2. Ambil sekeping roti dan lipat masuk ke dalam bekas (remekin)
3. Masukkan 1 sudu besar inti daging
4. tuang 1 senduk kecil campuran telur dan susu
5. Letakkan cheesedale keping yang dipotong 4 atau mozarella yang diparut
6. bakar selama 20 minit dengan suhu 190C
7. Bila masak boleh tuangkan sos cili dan mayonis



No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...