Friday 9 October 2015

BEEF PATTIES WRAPPING EGG


Dah lama kita nak buat resepi ini tetapi asyik tertangguh je, bila mem yang request maka terpaksalah kita buat juga. Rasanya memang sedap dan ia boleh juga dibuat home made burger yang simple, kalau dibakar lagi sedap patties itu. Sebenarnya saya sepatutnya memasukkan sos Lea & Perrins tetapi stok dah abis, maka belasah je apa yang ada. Yang jadi masalah apabila nak dapatkan telur yang masak 3/4 tu..susah nak agak, kalau lembek sangat nanti kulitnya sukar ditanggalkan. Kalau dah keras pula kompom kurang sedap.

BAHAN-BAHAN
2 biji telur direbus 8 minit (3/4 masak)
2 cawan daging cincang
2 ulas bwg putih dicincang
1/2 labu bawang besar Holland didadu
1 biji cili merah dicincang
3 tangkai daun bawang
1 sudu kecil lada hitam kasar
mix herbs, parsley dan paprika
1 sudu teh chillies flake
garam secukup rasa
# Gaul semua bahan
1 biji telur utk salut
sedikit tepung gandum
sedikit bread crumb
# Kepal bahan2 yg digaul dan lenyek di tapak tangan. Masukkan telur rebus yg dicelup tepung gandum dan tutup semuanya dgn beef patties. Celup dlm tepung lagi sekali dan celup pula ke dlm telur dan akhirnya celup lagi dlm bread crumb. Goreng hingga perang dlm 3 minit lepas tu bakar dlm oven 10 minit 200c. Rasanya ya Rabbi sedap sgt dimakan dgn sos cili (lupa nak tuang td). Boleh dihidangkan bersama kentang yang direbus lalu digaul dengan mayonis dan ditabur parsley kering.

No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...