Monday 12 October 2015

AYAM PERCIK


Ayam Percik merupakan hidangan istimewa bagi orang-orang Kelantan. Ia dianggap menu wajib untuk majlis-majlis tertentu dan kebiasaannya wanita Kelantan akan mengetahui atau mempelajari menu ini. Ada 2 jenis percik iaitu percik putih dan percik merah. Selain ayam, kebiasaannya ikan juga dijadikan percik iaitu ikan kembong dan ikan merah. Saya biasa buat yang simple mengikut resepi bonda.

BAHAN-BAHAN

2 whole leg ayam
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih ditumbuk bersama 3 ulas bawang merah dan seinci halia
1 sudu besar pes cili kering
1 asam keping
1 batang serai
Bahan perap:
2 ulas bawang putih ditumbuk bersama 1 inci halia dan garam lalu dilumur pada ayam dan perap selama 30 minit

Kuah:
Panaskan santan bersama air dan bila gelegak masukkan pes cili dan bahan tumbuk. Masukkan serai dan asam keping dan reneh hingga pekat dan pecah minyak. 
Ayam yang diperap dibakar hingga masak dan tuang kuah ke atas ayam atau boleh juga digaulkan ayam ke dalam kuah tadi dan dibakar sekali lagi supaya aroma kuah itu meresap masuk ke dalam ayam.


No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...